Manusia diciptakan Allah s.w.t adalah sebaik-baik kejadian yang mana dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan akal pemikiran berbanding dengan haiwan dan makhluk lain. Akal adalah merupakan cahaya spiritual yang dengannya seseorang dapat memahami objek pengetahuan yang mudah dan yang sulit. Melalui akal pemikiran yang dianugerahkan manusia mampu dan dapat menerima segala bentuk ilmu serta mampu menyusun idea-idea. Akal menjadi salah satu unsur utama dalam membantu manusia dalam mencari kebenaran atau sebagai jambatan kepada manusia untuk mencapai dan mengetahui kebenaran. Fungsi akal adalah untuk membantu manusia dalam membuat penilaian terhadap perkara yang benar dan salah kerana akal boleh terarah kepada kebenaran mahupun kesalahan.